LADAP & PROGRAM BAKAL PEMIMPIN

Hari ini, 24 September, 2 aktiviti berlangsung iaitu LADAP dan Program Bakal Pemimpin. LADAP kali ini diadakan di SMK Datuk Bendahara dan diketuai oleh Puan Pengetua sendiri. Ianya bermula dengan acara senambrobik di perkarangan padang kawad sekolah. Seterusnya Program Bakal Pemimpin pula diadakan di Pusat Ko-Ku di Chabau dan berterusan hingga 25 September. Acara kemuncak program ini adalah aktiviti mendaki Gunung Ledang yang dijangka bermula pukul 1 pagi nanti. Semoga SMKDB terus bergerak maju demi memantapkan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar sekolah sekaliannya.

Peperiksaan Percubaan SPM kini bermula

Mulai hari ini,12 September 2011, calon-calon SPM 2011 mula menduduki peperiksaan percubaan yang akan berlangsung dari 12 September hingga 25 September. Kami mendoa'kan anda semua selamat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang dan selesa. Mudah-mudahan segala usaha yang anda telah usahakan selama ini dapat dibuktikan di dalam peperiksaan ini.

Sistem Cyber Cafe Perpustakaan

Mulai 12 September 2011, sistem cyber cafe di perpustakaan SMK Datuk Bendahara mula beroperasi. Percubaan pengunaan dan aplikasi sistem tersebut akan dilaksanakan selama 5 hari bermula dari hari ini. Untuk itu, pelajar-pelajar dan guru-guru yang menggunakan khidmat ini tidak akan dikenakan bayaran dalam tempoh ini. Selain dari itu, sistem Wifi yang dihubungkan dengan access point perpustakaan ini juga telah mula beroperasi. Guru-guru dan staff boleh mendapatkan pass key daripada Puan Khadijah.Menurut Cikgu Nasaruddin, kemudahan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah dan mengharapkan agar ianya digunakan dengan sebaik-baiknya.

Kepada anda yang ingin menonton video-video sekolah...sila KLIK link ini: VIDEO SEKOLAH




Pengetua Baru SMK Datuk Bendahara

4 Ogos 2011- SMK Datuk Bendahara hari ini menerima seorang pengetua baru yang menggantikan tempat Tuan Haji Rosti Bin Mistam yang bersara pada 5 Ogos 2011. Puan Koh Tuat Guek merupakan pengetua Methodist High School yang telah dipindahkan ke sekolah ini berdasarkan kenaikan pangkat beliau.

MAKLUMAN TERBARU PERSIAPAN JUBLI EMAS

Persiapan Jubli Emas kini sudah memasuki peringkat 3. Dengan masa yang tinggal 3 minggu lebih, semua unit sedang menggerakkan jentera masing-masing bagi mempastikan segalanya berjalan lancar.Kepada semua bekas pelajar, anda nantikan kad jemputan yang akan sampai paling tidak dalam minggu ini.

Al-Fatihah Kepada Arwah Cikgu Yazren Baharom

MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA SMKDB DAN SEMUA YANG MENGENALI CIKGU YAZREN BAHAROM: BELIAU TELAH PULANG KERAHMATULLAH KIRA-KIRA PUKUL 10 PAGI TADI SETELAH KOMA SELAMA 8 HARI. SEMOGA ROH BELIAU DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA PARA ANBIA.INSYALLAH.

SAMA-SAMALAH KITA SEMUA WARGA SMK DATUK BENDAHARA MENSEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA ARWAH.

Persiapan Jubli Emas semakin rancak

Assalamualaikum w.b.t.Sekarang sudah bulan April,ini bermakna tinggal sebulan sahaja lagi tarikh untuk ke sambutan Jubli Emas SMK Datuk Bendahara.

Para pendidik sedang sibuk dengan tugas masing-masing.Semoga semuanya berjalan dengan lancar.Dari bahagian promosi hinggalah ke bahagian persiapan di sekolah.Diharapkan sambutan Jubli Emas berlansung dengan gilang-gemilangnnya.

Peringatan kepada bekas pelajar JESES/SMK Datuk Bendahara,sila layari laman web sekolah iaitu di SMKDB.MY untuk mendaftar dan mendapatkan info terperinci tentang sambutan Jubli Emas.

Oh ya,kini SMK Datuk Bendahara melangkah setapak lagi kerana telah mempunyai akaun Twitter.Sila follow SMKDB di [TWITTER SMKDB]

Sekian sahaja dari editor blog SMK Datuk Bendahara,
Loq 5A

Tema serba baru

Alhamdulillah,tema baru sudah siap untuk blog sekolah ini.Ini hanya baru permulaan.Insyallah,tema akan dipertambahkan dengan warna yang lebih ceria dan mempunyai ciri-ciri yang lebih profesional.

Bagaimana dengan pendapat anda tentang tema kali ini ? Ada sebarang cadangan atau komen? Sila ajukan kepada pihak kami.

Sekian.

Blog ini sedang dikemaskini

Pihak editor sedang mengemas kini blog ini dari segi konsep dan tema blog ini.Diharapkan anda dapat bersabar kerana buat masa sekarang ini tema blog ini dalam keadaan yang masih dalam pembaikan.Sebarang cadangan atau komen sila ajukan di bahagian komen.Sekian.

MAKLUMAN PENANGGUHAN KHIDMAT WEBSITE / BLOG SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Makluman kepada semua pembaca sekalian, proses update dan mesej blog ini akan ditangguhkan sementara waktu untuk memberi laluan kepada editor web ini iaitu Cikgu Nasaruddin Rahmat menyedia dan melengkapkan tugas-tugas profesionalnya. Untuk itu, editor memohon maaf seandainya penangguhan ini menimbulkan kesulitan.

MERENTAS DESA 2010

Hari ini 21 Januari 2010,sekolah kita telah mengadakan larian Merentas Desa. Acara ini adalah acara tahunan yang biasanya menjadi pembuka tirai acara-acara sukan yang lain. Setiap ahli rumah sukan iaitu rumah merah, hijau, biru dan kuning berusaha mempastikan rumah masing-masing mengungguli acara ini. Larian ini telah dirasmikan oleh Tn. Ahmad Kamal, Pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.Acara tersebut berakhir pada pukul 11.20 pagi dengan upacara penyampaian hadiah dan piala kepada pemenang-pemenang.Pihak editor mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

INOVASI LAGU SEKOLAH OLEH TUAN PENGETUA

APLIKASI LAGU SEKOLAH RENTAK BARU
Perhimpunan 18/01/2010 semalam telah mendapat suntikan terbaru apabila Tuan Pengetua telah memberi inovasi kepada lagu sedia ada lalu diaplikasikan dalam perhimpunan minggu ketiga. Lagu sekolah sedia ada telah diberi nafas baru dari segi rentak dan temponya tanpa mengubah lirik sedia ada. Apa yang nyata, ramai pelajar berpuashati dengan rentak lagu sekolah yang baru ini. Semoga dengan usaha inovasi oleh Tuan PEngetua ini, membawa kita kearah satu perubahan minda dan hala tuju yang lebih mantop..

50 tahun SMKDB ( Known as JSES)

Salam Sejahtera,
Tahun ini genaplah umur emas sekolah kita. Ini menunjukkan bahawa kita adalah salah sebuah sekolah yang terawal wujud di Jasin ini. Bagi sekolah ini, umur sebegini tentulah menginginkan suatu yang telah lama suram, iaitu kegemilangan, kecemerlangan dan kemegahan. Jika pada awal tahun 60an, kita adalah satu pusat akademik yang banyak melahirkan para cendekiawan dan tokoh-tokoh besar dalam pentadbiran negara, namun masa berlalu dan hari ini kita agak ketinggalan sedikit dari orang lain. Untuk itu, pihak editor mengajak para pembaca sekalian tidak kira bekas pelajar, pelajar mahupun pentadbir, bersama-sama kita kembalikan taring tajam SMKDB dengan sama-sama berfikir dan berusaha membuktikan kita bahawa kita mampu bersaing dan seterusnya mengembalikan kegemilangan kita masa dahulu. Semoga semangat juang kita menjadi tonggak langkah kehadapan yang lebih teguh. Insyaallah.

PENDAFTARAN PELAJAR 2010


Semalam 30 Disember 2009, Pendaftaran pelajar untuk sessi 2010 dibuka semalam. Ramai ibu bapa dan penjaga hadir mendaftar termasuklah pelajar-pelajar baru tingkatan 1. Penjaga dan pelajar tingkatan 1 telah diberi taklimat khas oleh Tuan Pengetua bagi memperkenalkan secara umum akan kedudukan fiskal, visi dan misi sekolah. Apa yang menariknya, terdapat sesuatu yang positif tahun ini apabila majoriti ibu bapa dan penjaga tingkatan 1 menunggu hingga sessi pengenalan ini berakhir.Tahniah kepada semua, dan marilah kita bersama-sama berusaha memartabatkan nama sekolah kita.

PMR OH PMR

Pada 24 Disember yang lalu masing-masing mengetahui keputusan PMR telah diumumkan dengan rasminya. Daripada analisis secara holistik kita mendapati pencapaian pelajar kita pada tahun ini tidak jauh berbeza dengan pencapaian tahun 2008.Menurut sumber, SMKDB mencatatkan penurunan sebanyak 1.5% berbanding pencapaian terdahulu. Apa yang ingin kita bincangkan adalah sejauhmana pelajar-pelajar kita serius terhadap pencapaian mereka.Bukan berat sebelah, tetapi jika dinyatakan aktiviti dan program untuk kumpulan PMR ini, saya pasti ianya cukup lengkap malah berlebihan lagi. Sebagai contoh siri kelas tambahan dari awal tahun, siri motivasi setiap dua bulan dan program penyaringan mengikut pencapaian subjek (ICC-Intensive Care Coaching ) dan lain-lain lagi.Jadi, seharusnya pencapaian 2009 ini menjadi pedoman kepada semua termasuk para ibu bapa untuk memartabatkan pencapaian terutamanya menjelang sambutan Jubilee Emas tahun 2010.

MESYUARAT DAN TAKLIMAT HAL EHWAL MURID

Hari ini, guru-guru kelas telah ditaklimatkan oleh En. Shamsuddin Nordin- GPK HEM SMKDB, dalam satu mesyuarat khas sebagai persediaan bagi sessi 2010. Kehadiran guru-guru pada hari ini membayangkan kepada pentadbiran bahawa kesediaan guru memikul tanggungjawab ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Sememangnya guru kelas adalah salah satu tugas yang berisiko tinggi di sekolah... selamat bertugas.

MENYEPI BUKAN BERMAKSUD TERHENTI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,kepada semua..
Seribu kemaafaan dipohon dari meja editor kerana terlampau lama menyepikan berita terkini.Sebenarnya ada masalah teknikal di sebalik tabir menyebabkan sistem tidak dapat berfungsi dengan baik tambahan pula kerja-kerja ubahsuai laman web sedang dilakukan..maka terabai sekejap ruangan blog ini.
Di sini, pihak editor mendoakan semua ahli keluarga SMKDB berada di dalam keadaan yang baik dari segi kesihatan dan emosinya. Yelah, sewaktu cuti ini ada juga ahli keluarga yang perlu bertugas dan anak-anak pula yang sedang menduduki peperiksaan,jadi masing-masing ada perancangan dan penglibatan masing-masing. Walau apapun, editor berharap anda semua berhati-hati di jalanraya dan menjaga kesihatan pada tahap yang terbaik.
Perancangan pihak kami semasa cuti ini,bakal menyaksikan ruangan blog ini dijadikan wadah perbincangan dan kalau boleh perbahasan yang sihat. Untuk tujuan itu,tajuk-tajuk perdebatan sedang diatur supaya masing-masing dapat mengambil bahagian dengan sewajarnya, insyaallah. Jadi, nantikan ruangan ini pada 8 Disember ini....tungguuu.

DUA MINGGU LAGI

Dua minggu lagi,pelajar-pelajar SPM dan STPM akan menduduki pperksaan mereka.
Dalam pada menyediakan diri untuk peperangan ini,hrs dingat juga akan keselamatan diri terutamanya di jalan raya.
Jadi ingatan saya kepada semua pelajar sekalian agar berhati-hati

PROGRAM MENDERMA DARAH SMKDB KALI KEDUA 2009




Kali kedua ? Ya, ini adalah kali kedua kita mengadakan program menderma darah tahun ini. Oleh kerana sifat murni warga pelajar SMKDB , maka program ini diadakan sekali lagi tahun ini. Pada peringkat pertama ianya telah dilaksanakan pada bulan April yang lalu. Penganjur program, Persatuan Tingkatan Enam sememangnya proaktif dalam melaksanakan program-program sebegini. Hakikatnya tanggungjawab sebegini jarang-jarang dilaksanakan di kebanyakan sekolah. Maka pihak editor mengucapkan Tahniah kepada jawatankuasa dan kepada pelajar-pelajar yang sudi menderma. Bersamaan dengan itu juga pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Tabung Darah , Hospital Besar Melaka, dibawah pimpinan Puan Lisa kerana sanggup meluangkan masa di sekolah kami.