SAMBUTAN RAYA 1 MALAYSIA

Hari ini warga SMKDB menyambut dan meraikan dua sambutan raya iaitu Aidilfitri dan Deepavali bersama-sama. Sambutan ini dianjurkan oleh pihak pentadbir SMKDB bagi meraikan dua perayaan yang telah berlalu . Ianya menepati citarasa 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan, maka itu warna-warna ceria bakal menceriakan sambutan ini, apatah lagi dengan persembahan-persembahan bertenaga dari pelajar-pelajar. Kami berbangga menjadi ahli keluarga SMKDB yang harmoni ini.

TIPS-TIPS PERSEDIAAN MENGAHADAPI PEPERIKSAAN-SPM & STPM (2)

Salam Sejahtera;

Hari ini saya akan berkosngsi dengan anda sedikit lagi tips untuk digunakan;

1. Pengurusan Masa Ulangkaji- Sebagai pelajar yang baik, anda seharusnya menguruskan masa mengulangkaji anda dengan menetapkan subjek-subjek untuk diulangkaji setiap hari. Di sini, saya mencadangkan setiap subjek perlu diberi pemberatan sebanyak 2 jam seminggu. Anda boleh melakukannya dengan menetapkan hari-hari yang ada dengan subjek pilihan. Sebagai contoh: Hari Isnin - Sejarah , Hari Selasa - Mathematics , Hari Rabu - Geografi , Hari Khamis- Bahasa Melayu , Hari Jumaat - Kemahiran Hidup , Hari Sabtu - Seni Visual dan Hari Ahad - Bahasa Inggeris.

2. Kawalan Makanan - Pelajar-pelajar perlu mengetahui bahawa makanan yang pedas dan masam seperti jeruk dan sebagainya, memberi kesan kepada tahap mengingat. Makanan pedas dan masam boleh menyebabkan kadar lupaan yang tinggi. Maka itu, kurangkan makanan yang masam dan pedas. Tambahan lagi, banyakkan meminum air kosong atau air mineral supaya sel-sel otak kita segar dan bertenaga.

Selamat mencuba ....

TIPS-TIPS PERSEDIAAN MENGAHADAPI PEPERIKSAAN-SPM & STPM

Salam sejahtera,

Dalam menghadapi peperiksaan yang bakal bermula tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit tips-tips persediaan terakhir untuk pelajar-pelajar gunakan. Antara tipsnya ialah :

  1. Untuk mudah mengingati fakta atau formula- Tulis formula atau ringkasan fakta di kertas mahjong dengan saiz tulisan yang besar ( saiz 40). Kemudian tampalkannya di tempat yang anda selalu singgah di rumah anda. Contohnya : di ruang cermin muka , di dinding tempat anda menonton tv, dan di pintu masuk rumah atau bilik anda.
  2. Mengurus Kesihatan Diri - Ini penting supaya stamina dan sel-sel otak anda sentiasa di dalam keadaan segar dan bertenaga. Caranya ialah: kurangkan aktiviti malam yang membazirkan seperti melepak dan menonton tv. Amalkan tidur seawal pukul 9 malam dan bangun pada awal pagi untuk membuat ulangkaji. Ini kerana sel otak menjadi segar setelah diberi rehat sekurang-kurangnya 5 jam.
Cukup setakat ini, saya akan berikan tips yang lain di masa akan datang...selamat mencuba.

HAPPY DEEPAVALI TO ALL MEMBERS OF SMKDB

WE ARE WISHING 'HAPPY DEEPAVALI' TO ALL THE MEMBERS- TEACHERS AND STUDENTS, WHOM ARE CELEBRATING IT.

MAJLIS BACAAN YAASIN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI

Sebagaimana yang kita maklumi, tiga orang guru kita bakal menunaikan haji pada tahun ini. En. Shaib, En. Abdul Karim dan Pn. Salmi akan berlepas ke tanah suci seawal 18 Oktober ini. Untuk itu, Unit Dakwah dan Kebajikan SMKDB telah mengadakan majlis bacaan yaasin di surau sekolah pada jam 2.30 petang tadi. Tujuannya adalah satu iaitu mendoa'kan supaya mereka selamat pergi dan bailk serta berjaya mendapatkan haji yang mabrur. Ustaz Hazman, pengarah program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru muslim yang hadir. Beliau mengharapkan rakan-rakan yang pergi menunaikan haji nanti dapat melaksanakan hajinya dengan selesa dan dipermudahkan Allah. Insyaallah. Kami mengucapkan tahniah dan semoga mereka berjaya melaksanakan ibadah rukun yang kelima ini dengan tenang dan sabar. Amin.

PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW TERBUKA

Pada pagi ini, satu pertandingan sepaktakraw terbuka telah berlangsung di padang takraw SMKDB. Acara ini terbuka kepada semua pelajar, namun begitu fokus peserta lebih kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan peperiksaan PMR. Pertandingan telah dilangsungkan mengikut cara liga dan telah menawarkan suatu pertarungan yang cukup adil. Menurut pengarah projek ini, En. Aziz Ahmad, ini adalah program pertama dalam siri program-program untuk lepasan PMR. Beliau menambah, program ini berupaya membantu pihak sekolah mencari calon-calon yang sesuai untuk disenarai pendekkan sebagai wakil sekolah tahun hadapan. Turut membantu beliau mengendalikan pertandingan ini ialah En. Mohd. Jais B. Darso ( GPK Ko-ku), En. Aziz Mahadi dan En. Sapee Mohamad.

PMR BERMULA HARI INI

SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA ANDA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIHARAPKAN.
Hari ini, bermulanya peperiksaan PMR bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Pelajar-pelajar yang terlibat telah berhimpun di tapak perhimpunan bagi mendapatkan taklimat terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan. Daripada pihak pentadbiran dan guru-guru mengharapkan pelajar-pelajar mampu menghadapi cabaran ini dengan jayanya.

MINGGU PENENTU KEJAYAAN ANDA...

Buat semua pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR pada hari Rabu ini, pihak kami mengucapkan


SELAMAT MENJAWAB DAN PASTIKAN BAHAWA ANDA MERAIH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

Sebagai renungan terakhir sebelum berjuang, ingin diingatkan setinggi mana langit , di situ bumi dipijak...maka renungkanlah hasrat hati ibu bapa dan guru-guru anda. Apa yang paling penting adalah masa depan anda...

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT

Malam tadi, telah berlangsung himpunan para guru, staf, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama tahun ini; di Masjid Al-Ghaffar,Jasin. Pengarah projek, Ustaz Hazman menyatakan, perhimpunan ini bertujuan bermunajat dan berdoa' kepada Allahurabbi, agar dipermudahkan segala urusan berkaitan peperiksaan. Kira-kira 300 orang jemaah meliputi guru-guru, staf, ibu bapa dan pelajar-pelajar hadir menjayakan program ini. Jumlah ini mengatasi jumlah kehadiran pada tahun 2008. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Sebagai makluman, aktiviti ini merupakan program tahunan yang mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak jawatankuasa Masjid Al-Ghaffar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan dan individu yang telah membantu bersama.

SELAMAT AIDILFITRI UNTUK SEMUA

Raya kali ini pengarang memang raya sakan, sampai terlupa untuk membuat 'update' laman ini. Walau apa sekalipun kita masih dalam ruang menyambut kemeriahan ini, maka itu pihak pengarang dan pentadbiran SMKDB mengucapkan SELAMAT AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN. Semoga di hari perayaan ini kita berusaha mengeratkan kerjasama antara bangsa, agama dan ras keseluruhannya. Semangat Satu Malaysia perlu ada demi mengekalkan ketekalan dan kewujudan Malaysia berkekalan.

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM CERIA MERDEKA.





















16 Sept- Pagi ini pelajar-pelajar dan guru-guru bersama-sama meraikan majlis penutup program ceria merdeka sempena sambutan kemerdekaan yang ke -52. Pelbagai program telah diadakan sepanjang tempoh program tersebut, antaranya ialah Pertandingan Kolum, Pertandingan melukis poster dan lain-lain lagi.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA






15 September- Majlis Khatam Al-quran dan Berbuka Puasa peringkat sekolah diadakan di Kantin sekolah dengan kehadiran kira-kira 60 orang guru dan staff bersama ahli keluarga yang lain. Program ini diadakan setiap tahun dan ianya adalah tradisi sekolah ini mengadakan majlis sebegini dengan tujuan mengimarahkan lagi Ramadhan al-mubarak. Pengarah projek, Ustaz Hazman bersyukur dengan jumlah kehadiran guru-guru dan staff ;begitu juga dengan kehadiran Tuan Pengetua Tuan Hj. Rosti B. Mistam.

SIAPA YANG LAHIR PADA BULAN IN?

PELAJAR KITA MAUT DALAM KEMALANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat pengetahuan semua, seorang pelajar kita iaitu Azizul B. Tariq tingkatan 5G telah pulang ke rahmatullah malam tadi setelah terlibat dengan kemalangan sewaktu pulang dari solat tarawih. Menurut saksi, allahyarham sedang menunggang motosikal pulang ke rumah dari masjid dan beliau telah terbabas ketika membelok di selekoh di Km. 3 Jalan Air Baruk menyebabkan beliau terhumban bersama dengan motosikalnya. Beliau telah meninggal di tempat kejadian. Dari Editor dan warga sekolah dengan rasa rendah hati mengucapkan takziah kepada ahli keluarga allahyarham. AL-FATIHAH.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAN STPM BERMULA

Setelah tamat peperiksaan percubaan PMR, kini tiba masanya pula giliran calon-calon SPM dan STPM bertarung dalam percubaan mereka. Hari ini, peperiksaan dimulakan seawal jam 8 pagi dan bakal berkahir pada minggu hadapan. Pihak editor mengucapkan SELAMAT BERJUANG dan pastikan kejayaan menjadi hak milik abadi anda.

ERTI KEMERDEKAAN

Apakah yang istimewanya sambutan Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan? Kita mungkin saban tahun meraikannya dengan meriah dan gemilang, namun jauh di sudut kotak fikiran memancarkan satu persoalan mengapa dan kenapa? Senyuman, ketawa girang dan lafaz 'Merdeka' yang berkobar-kobar seperti tidak mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku hari ini. Jika benar lah kita menghayati nikmat kemerdekaan ini, mengapa masih ada pelajar yang tidak hormat gurunya; begitu juga mengapa masih ada pelajar yang belajar sambil lewa umpama sudah khatam berpuluh kali buku teksnya; ditambah lagi dengan kerusi meja yang tidak dihargai... terdampar, pecah dan patah berderai. Jadi soalannya, adakah kita benar-benar bersyukur dengan kemerdekaan ini? Tepuk dada dan akal, jawablah sendiri...

Luahan Rasa Seorang Anak Merdeka
Yang Dilahirkan Pada 31 Ogos Tarikh Keramat.

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA


Assalamualaikum, dan salam sejahtera,

Kepada semua Pelajar-pelajar, Guru-guru dan Staff SMK Datuk Bendahara yang beragama Islam, pihak editor mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga tahun ini kalian dapat menambah-baik daripada pencapaian tahun yang lalu.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 BERMULA


Hari ini, peperiksaan percubaan PMR bermula. Seramai kira-kira 223 calon PMR menduduki peperiksaan tersebut. Selamat menjawab kepada semua calon. Buatlah yang terbaik.

MESYUARAT ALUMNI JSES@SMKDB UNOFFICIAL

Semalam 16 Ogos- satu pertemuan tidak rasmi dengan 3 wakil JSES Old Boys berlangsung di De' Nangka,Bukit Katil. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk mendapatkan seberapa banyak informasi berkaitan ahli-ahli bekas pelajar sekolah ini dari tahun 1960-1972. Antara yang hadir adalah En. M. Krishnan, En. Othman Nordin dan Tn. Hj. Jaafar Lazi. Turu hadir sama juga, En. Nasaruddin Rahmat dan En. Abdul Hafidz Othman. Mereka memberikan harapan yang tinggi kepada pihak pengurusan untuk merealisasikan penubuhan ALUMNI JSES@SMKDB. Dari meja pengarang mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan komitmen yang diberikan oleh mereka. Tabik kepada mereka.

TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ISTERI MANTAN PENGETUA SMKDB

12 Ogos- Isteri mantan pengetua kita iaitu Allahyarham Hj. Jamil B. Selamat diberitakan meninggal dunia kira-kira 4.50 petang di Hospital Daerah Muar.Isteri beliau- Hjh. Zaiton, merupakan Guru Penolong Kanan 1 di SK Merlimau 1. Allahyarhamah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sejak dua minggu yang lalu akibat komplikasi kanser yang dihadapinya. Pihak kami mengucapkan takziah kepada pihak keluarga Allahyarhamah, dan mendoa'kan semoga beliau dirahmati dan ditempatkan bersama-sama dengan para auliak di sana. Al-fatihah.