SELAMAT KEMBALI BERTUGAS MR. R. SELVARAJAN
0 Comments
»
Hari ini, 27 Julai 2009, perhimpunan pagi ini mendapat tumpuan pelajar dan guru-guru kerana kehadiran En. R. Selvarajan. Beliau sebelum ini terpaksa bercuti rehat kerana masalah kesihatan yang dihadapi beliau.Beliau terpaksa direhatkan selama kira-kira 3 bulan. Kami di bahagian penerbitan blog ini mengucapkan selamat kembali bertugas kepada beliau. Walaupun beliau kelihatan agak kurus sedikit dari yang dulu, namun semangat pendidiknya masih utuh dan terserlah. Selamat Kembali berjuang.