HARI KANTIN, KOKURIKULUM DAN KOPERASI

24 Jun- Hari ini adalah Sambutan Hari Kantin, Ko-kurikulm dan Hari Koperasi peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti, pertandingan dan aktiviti jualan diadakan selama sehari ini termasuklah juga pertandingan memasak dan Sahibba untuk guru-guru. Begitupun, tujuan program ini dilaksanakan perlu juga diberi perhatian, iaitu ianya memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan pengalaman dalam menguruskan pendapatan, perniagaan dan program mereka sendiri. Menurut En. Aziz B. Ahmad-Penyelaras Program, beliau amat berpuashati dengan perjalanan program ini dan menganggap program ini telah dilaksanakan dengan baik dan tersusun. Sambutan Hari Kantin, Ko-kurikulum dan Koperasi ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Rosti B. Mistam, Pengetua SMK Datuk Bendahara. Galeri

0 comments: