KEJURUTERAAN PENGAKAP SMKDB















01 Jun - Bertempat di Kem Tan Chay Yan, Bukit Katil Melaka, telah berlangsung Jambori Melaka Badaraya Warisan Dunia. Jambori ini adalah jambori peringkat antarabangsa yang melibatkan beberapa buah negara asia seperti Thailand, Korea, Jepun dan Singapura.

Pada Jambori kali ini juga Pengakap Kelana SMKDB telah diberi tanggungjawab membina pintu gerbang untuk Kontinjen Jasin. Pasukan pembinaan ini diketuai sendiri oleh Penolong Pesuruhjaya Kelana Jasin, iaitu En. Nasaruddin Rahmat . Apa yang menariknya ialah kejuruteraan Pengakap SMKDB telah berjaya membina sebuah pintu gerbang dengan ketinggian 16' tinggi. Ianya juga sebuah pintu gerbang yang boleh dinaiki kerana memiliki platform yang kukuh. Kepada anda yang berminat boleh melihatnya boleh melawat ke kem kontinjen Jasin di Jambori ini yang bakal berkahir pada 04 Jun.

0 comments: