OGOS - BULAN KEMERDEKAAN


Kini kita telah berada di dalam bulan yang bermakna, iaitu bulan sambutan kemerdekaan. Erti kemerdekaan sememangnya berbeza dan diertikan dalam banyak konsep dan perspektif, namun pengertiannya yang sebenar harus dicari dan diaplikasikan. Malaysia sememangnya telah menempa nama di serata dunia berdasarkan pencapaiannya. Usaha berterusan dari kita sebagai masyarakat pendidik adalah tunjang kepada kejayaan ini. Peluang untuk membina negara yang makmur dan gah di mata dunia bukanlah suatu tugas yang mudah. Tanpa komitmen dari pelbagai lapisan masyarakat kejayaan mungkin tidak wujud malah dinafikan sama sekali. Dari meja pengarang ingin mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan ini, dan hayatilah ia sebaik-baiknya semoga ianya kekal hingga ke anak cucu kita.

0 comments: