ERTI KEMERDEKAAN
Apakah yang istimewanya sambutan Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan? Kita mungkin saban tahun meraikannya dengan meriah dan gemilang, namun jauh di sudut kotak fikiran memancarkan satu persoalan mengapa dan kenapa? Senyuman, ketawa girang dan lafaz 'Merdeka' yang berkobar-kobar seperti tidak mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku hari ini. Jika benar lah kita menghayati nikmat kemerdekaan ini, mengapa masih ada pelajar yang tidak hormat gurunya; begitu juga mengapa masih ada pelajar yang belajar sambil lewa umpama sudah khatam berpuluh kali buku teksnya; ditambah lagi dengan kerusi meja yang tidak dihargai... terdampar, pecah dan patah berderai. Jadi soalannya, adakah kita benar-benar bersyukur dengan kemerdekaan ini? Tepuk dada dan akal, jawablah sendiri...
Luahan Rasa Seorang Anak Merdeka
Yang Dilahirkan Pada 31 Ogos Tarikh Keramat.