Bulan Dukacita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama-tamanya ingin diucapkan tahniah kepada kita semua kerana bermula dari titik ini SMKDB telah mula mengorak langkah memantapkan lagi institusi ini dengan kewujudan blog, email dan laman webnya sendiri.
Namun begitu, di bulan ini juga kita menerima berita-berita dukacita dari ahli keluarga kita iaitu Puan Roslinda, En. Selvarajan dan En. Tan Chong Wu. Puan Roslinda atau dikenali dengan nama Kak Linda telah terlibat dengan kemalangan bersama keluarganya, manakala En. Selvarajan- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, telah dimasukkan ke ICU di Pantai Puteri Medical Center akibat daripada serangan jantung dan En. Tan Chong Wu pula telah cedera teruk di pergelangan kaki yang mengakibatkan beliau direhatkan selama dua bulan.
Rakan-rakan dan ahli keluarga SMKDB mendoa'kan semoga mereka sembuh dan sejahtera dan dapat kembali bertugas semula...kerana kami rindukan anda.

0 comments: