KEJOHANAN BADMINTON ANTARA BENUA



JASIN 12 Mei- Kelab Keluarga SMK. Datuk Bendahara telah menganjurkan kejohanan badminton berprestasi tinggi yang telah dilangsungkan di Dewan Besar SMK Jasin. Kejohanan ini adalah kejohanan tertutup antara guru-guru dan staf lelaki SMK Datuk Bendahara. Kejohanan ini adalah salah satu acara yang dijalankan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Menurut Pengurus Kejohanan En. Abd. Aziz Ahmad, kejohanan ini dilaksanakan dengan sistem kalah mati. Ini kerana penyertaan yang diterima amat memberansangkan, yang mana 12 pasukan beregu telah mengambil bahagian. Kejohanan ini dijangkakan berakhir pada 15 Mei 2009. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan dikalangan guru-guru disamping mengeratkan lagi ikatan silaturrahim.
Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh peserta-peserta yang mengambil bahagian. Ini terbukti apabila pasukan yang kalah dalam pusingan awalnya memberikan komitmen sokongan moral kepada rakan-rakan yang sedang bertanding.

0 comments: